Memang ada je barang-barang viral dari kedai bajet berhantu Eco ni. Terbaru, vinyl lantai berharga RM 2.10 menjadi buruan.  Selain digunakan sebagai kemasan lantai, ia sesuai digunakan sebagai kemasan pada TV penal atau gantikan permukaan meja seperti yang dilakukan oleh Noor Hafiz Mohamad. 

Make over meja makan lama dengan PVC vinyl floor dari kedai Eco shop.

Dengan modal RM12.60 sahaja meja makan lama berubah wajah baru. Suami kata, “Tak payahlah beli baru 💃.”

Sis hanya gunakan 6 keping sahaja. Setiap keping berharga RM2.10. Ada banyak pilihan warna corak kayu yang boleh dipilih (rujuk gambar). Sis pilih warna coklat supaya senada dengan perabot lain. Senang je nak tepek stiker ni sebab dah ada pelekat. Kuat gamnya. Isteri boleh buat sendiri. Cuma perlu teliti dan cermat supaya hasilnya kemas. Stiker vinyl kalis air, mudah je nak lap air yang tumpah.

IKLAN

Macam ni barulah sesuai dengan tema scandi atau boho kan ☺️.

Nota: Maaf sis buat pembetulan kuantiti vinyl diguna bukan 5 ye, tapi 6 keping. Untuk sambungan hujung meja.