Bantal adalah aspek terpenting di bilik tidur. Keberadaan nya sudah pasti untuk membantu tidur yang nyenyak dan nyaman. Namun, jika bantal yang digunakan sudah tidak memberi keselesaan, ini adalah petanda penting untuk anda menggantikkanya dengan baru. Ini kerana, bantal yang sudah tidak selesa digunakan akan mengganggu kualiti tidur.

Berapa kerap perlu ganti bantal?

Bantal sangat mempengaruhi kualiti ketika istirehat ataupun tidur. Oleh sebab itu, para ahli di Sleep.org memberi saranan agar bantal sebaiknya diganti setiap satu atau dua tahun sekali.

Namun jika bantal masih dalam keadaan yang baik, lihat pula kotoran yang terperangkap. Setiap kali digunakan, bantal anda menajdi tempat pengumpulan sel kulit mati, peluh, minyak, kotoran, kuman, bakteria, air liur dan sebagainya.

Apa akibatnya jika bantal tidak ditukar bila tiba masanya?

Selain mempengaruhi kualiti tidur, bantal juga memebri kesan keapda kesihatan. Bantal, dan tilam adalah habitat terbaik pembiakkan bakteria, mikroorganisma dan kutu tilam. Memang tak nampak dek mata kasar, tapi kehadirannya memberi kesan buruk.

Pada tahun2005, sebuah kajian telah dijalankan oleh Universiti of Manchester terhadapa 10 biji bantal yang telah digunakan 1 1/2 tahun hingga 20 tahun. Hasil rumusan kajian mendapat, terdapat lebih 16 jenis kulat yang berbeza di setiap bantal.

Bagi sesetengah orang, kulat pada bantal tidak merbahaya. Namun, tidak bagi pengidap asma, penyakit pernafasan kronik. Di samping itu juga, bantal yang dalam betuk yang baik dapat memastikan posisi kepala dan leher anda dalam keadaan sejajar dan sempurna.