Sama seperti situasi yang di alami oleh pemilik sebuah superlink house yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Outdoor living yang disediakan oleh pemaju amat terhad di sebabkan kekangan ruang ditambah pula nilai hartanah yang tinggi di kawasan tersebut. Hanya ruang anjung di bahagian hadapan dan belakang sahaja yang disediakan oleh pemaju sebagai outdoor space.

Pemilik yang merupakan kenalan lama yang turut pernah mendapatkan khidmat reka bentuk dari Neoh dan Andy satu ketika, dahulu telah memberi kepercayaan penuh kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini kerana pemilik mahukan kediaman yang tampak hijau dan menenangkan apabila mereka sekeluarga berada di rumah.

Sistem Taman Vertikal

Berdasarkan eksperimen yang telah dilakukan selama dua tahun dalam membentuk sebuah struktur vertivcal garden yang bersesuaian dengan iklim Malaysia, ia tidak menjadi masalah kepada pereka untuk menyiapkannya dalam tempoh masa lebih kurang dua hari. Memandangkan binaan asal tidak mempunyai dinding solid, pereka terpaksa membina sebuah panel berukuran 5 meter x 2.5 meter yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan ringan.

Penel vertical garden tersebut turut dilengkapi dengan sistem saliran automatik untuk memudahkan penyiraman. Ini merupakan salah satu langkah yang dirancang oleh pihak pereka Eco Blance untuk memudahkan dan mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh pemilik. Pereka telah memilih penggunaan pocket felt untuk menanam softscape pada panel yang telah dibina.

IKLAN

Pocket felt merupakan sejenis fabrik mudah regang dan tahan lasak yang diimport khas. Berbanding vertical garden yang lain, penggunaan sistem poket memberi kebebasan kepada pereka untuk meletak pelbagai jenis sofstscape tanpa mengira saiz dan jenis. Di samping itu juga, ia sesuai untuk mereka yang inginkan instant effect kerana softscape boleh ditanam secara rapat dan padat. Secara tidak langsung, ia boleh menutup keseluruhan dinding tanpa perlu menunggu waktu matang softscape yang digunakan.

Pemilihan dan susun atur softscape

Pemilihan softscape merupakan faktor utama dan paling penting dalam membentuk sebuah vertical wall. Bersesuaian dengan iklim Malaysia, pereka telah menggunakan tumbuhan tropika untuk mewarnai keseluruhan living wall yang dibina. Hampir 95% tumbuhan foliage separa teduhan dengan pelbagai tekstur dan rona telah dipilih pereka. Jenis pepakis antara tumbuhan yang mendominasi taman vertikal ini antaranya Adiantum spp., Blechnum spp, Nephrolepis spp. dan Asplenium spp.

Penggunaan Fittonia, Begonia dan beberapa spesies yang lain memberi suntikkan rona yang pelbagai kepada keseluruhan bingkai pemandangan ini. Tumbuhan berdaun lebar dan memerlukan jumlah pengamatan cahaya yang banyak disusun pada bahagian paling atas bingkai. Ia bertujuan memberi teduhan kepada tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di lapisan bawahnya terutamanya jenis pepakis yang sentiasa memerlukan teduhan. Tumbuh-tumbuhan yang dipilih disusun secara freestyle namun tetap berseni.

SEBELUM

SELEPAS