Laman yang dihias indah bukan sekadar untuk mencantikkan kediaman dan menjadi penyedap mata. Sudah pasti ia patut dinikmati dan dimanfaatkan sepenuhnya. Seperti laman yang direka bentuk oleh Attic Studio yang terletak di Elmina.

Walupun Attic studio yang beroperasi di Taman Paramount, Petaling Jaya baru mula bertapak pada 2016, sentuhan magis yang diberikan bak profesional berpengalaman dan mempunyai sentuhan identiti tersendiri bagi setiap rekaanya.

Seperti Secret Garden berkonsepkan english yang terletak di Tiana Elmina garden, landskap yang dizahirkan memberi susana ketenangan walaupun unit kediaman Semi-D ini terlatak sangat berhampiran dengan unit bersebelahan dan laluan taman yang sibuk. Segala-galanya dek rekaan dan pemilihan tanaman yang tepat.

Dari segi pemilihan tanaman, pereka mengetengahkan tanaman less maintenance memandangkan pemilik seorang yang agak terhad masa untuk menguruskan laman. Pemilihan tanaman bersaiz matang memberi instant effect kepada tanaman ini. Seperti yang ditegaskan pemilik, privasi menjadi keutamaan agar taman yang indah dapat dinikmati dengan selesa. oleh itu, pereka telah memilih Ficus Korea yang mempunyai ketinggian lebih 3 meter dan tekstur daun yang padat sebagai screening bagi keseluruhan laman.

Untuk kelihatan lebih formal seperti tanam inggeris yang lain, Ficus Korea di beri top cut untuk kelihatan sempurna. Memberi naungan di sudut santai laman, pereka memilih pokok Ficus Elestica variegated berukuran lebih kurang 10 meter. Tekstur daun yang sedikit kasar berbanding tanaman yang lain memberi kepelbagaian. Tambahan bentuk dan warna yang unik menjadi identiti kepada laman kediaman ini.


Profil Laman:
Lokasi: Tiana Elmina Gardens
Jenis kediaman: Semi-D 2 tingkat
Konsep laman: English Garden
Pereka & konraktor landskap: Attic Studio