Baru dapat kunci rumah, mesti berkobar-kobarkan hendak menghias kediaman. Itu ini semua nak buat, sampai lupa apa perkara wajib yang kena buat dulu kan!

Jangan bimbang, lima tip ini boleh menjadi panduan untuk anda.

1. Mulakan proses mengemas sekurang-kurangnya dua bulan sebelum anda berpindah. Tetapkan satu ruang atau bilik, tentukan apa yang mahu dibuang, dikitar semula atau didermakan. Dengan cara itu, apabila sudah tiba masanya untuk berpindah, anda tidak serabut.

IKLAN

2. Cari sofa yang boleh dibuka apabila diperlukan. Apabila sudah berpindah, anda boleh mix and match pelbagai gaya untuk memberikan ‘warna’ perabot klasik anda. Lebih murah untuk membeli beberapa bantal dengan corak grafik atau permaidani baharu daripada menggantikan sofa.

3. Pertimbangkan berat perabot sebelum anda membuat pembelian. Cari material baik tetapi ringan. Walaupun anda tidak bercadang untuk berpindah, perabot yang ringan menjadikan lebih mudah untuk anda menyusun semula atau membersihkannya.

 

4. Apabila menghias rumah, cuba tetapkan supaya ia kelihatan seperti rumah contoh. Ini bermakna tiada barang bersepah, segala-galanya tersusun dan setiap bilik mempunyai sentuhan aksesori dan warna yang tepat. Bakar lilin wangi dan nikmatilah rumah baharu anda!

5. Jika anda mempunyai projek yang ingin anda lakukan, seperti menaik taraf lampu, lukisan atau menggantikan lantai, lakukannya sebelum anda masuk ke rumah baharu- jangan tunggu sudah pindah masuk baharu nak mulakan. Kata kuncinya, perancangan dan sistematik.