Bahagian belakang kuali yang hitam boleh menunjukkan betapa kerapnya pemilik memasak. Walaupun ada yang berpendapat semakin tebal kerak kuali, semakin sedaplah masakan nya, tidak dapat dinafikan yang keadaan itu juga sedikit sebanyak menggambarkan tahap kebersihan kita.

Jadi buat anda yang dah tak tahan tengok kerak-kerak hitam tu bolehlah cuba petua yang dikongsi KiLa Aurora di laman Facebook ini. Trik berguna ini dipelajarinya melalui video di YouTube dan ternyata ia berkesan mengembalikan kilat pada kuali. Tak perlu lah beli yang baharu. Jom kita semak

Kilatkan Kembali Kuali Berkerak

Semalam punya projek sental bontot kuali. Gambar sebelum tak ada sebab tak sanggup nak snap.
geram punya pasal tengok periuk kuali YouTuber Sugu tu berkilat bagai so acik pun nak la juga..

Bahan-bahannya :
1. 2 biji buah lemon
2. Baking soda
3. Sabun buku
4. Berus dawai

Langkah-langkahnya :

IKLAN

  1. Panaskan Panaskan air dalam periuk besar
  2. Kemudian rendam kuali yang berkerak. Kila biar je sampai mendidih, geram punya pasal.
  3. Apabila dah mendidih, tutup api dan diarkan kuali berendam
  4. tempoh rendam adalah 2 jam. Lagi lama lagi ‘boek’ bergantung kepada tahap ketebalan kerak pada kuali
  5. Angkat kuali kemudian kikis kerak tebal menggunakan pisau..mudah je dia tanggal.
  6. Agak-agak dah boleh gosok, gosok pakai berus dawai dan sabun mandi fruitale. Katanya elok guna sabun kuning kedai eco. Tapi Kila tak ada sabun tu.. sama je boleh kilatkan juga..

P/S : GOSOK TANPA AIR

Dengan kemahuan yang memuncak dan kudrat yang tinggi, Insyallah petua ini akan menjadi.
Sikit2 tu buat kemudian takpa sbb anak2 dah tak boleh bg kerjasama

Tangan bahu memang sakit ya… malam tadi pun tak boleh tidur, bangun sahur ok dah…

Kuku jari tak payah cakap la.. haha. Tapi harini dah elok balik kuku saya.

Tak kisah janji puas hati!

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER