Usaha kerajaan menyediakan skim perumahan kos rendah seperti PPR banyak membantu golongan-golongan B40 untuk memiliki kediaman selesa seadanya. Namun, kebiasaany saiz PPR sangat terhad. Jadi, ramai antara penghuni mengabaikan keperluan dekorasi dek keterbatasan ruang.

SEBELUM 

Namun, tidak bagi pasangan yang menetap di PPR Pingiran Bukit Jalil ini. Melalui perkongsian dari akaun facebook Ratu Comot, ubah suai dekorasi kediaman nya yang berkonsepkan GLAM untuk raya tahun ini hanya menelan belanja tidak lebih dari RM 3000.

Saya dan suami dekor sendiri kediaman ini. Kebanyakkanya, menerapkan konsep DIY. Antara yang di lakukan sendiri dalam bajet yang diberikan adalah seperti wainscoting, wallpaper, plaster siling cat dan lampu.

SELEPAS

Menurut pemilik, pemilihan perabot dan rona amat dititik beratkan bagi memberi kesan visual yang menarik dan ruang keliahatan lebih luas. Jika kesalahan ini dilakukan, ia memberi impak buruk kepada kediaman yang bersaiz kompak