Akhir tahun lah masa yang ditunggu nak “make over” rumah. Sana-sini ekspo renovasi dan kelengkapan rumah dianjurkan.

Berpinar mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Al maklum lah, tahun baru mesti lah inginkan suntikan kesegaran dalam kediaman walaupun tak banyak.

Paling tidak pilihan cata dan tema warna kediaman yang mengikut trend 2019.

Tapi, ada lagi satu perkara yang lebih penting yang anda lupakan. DAH BAYAR ZAKAT BELUM?

Tak sempat? Tak jadi masalah. Dengar kata, sempena akhir tahun ni, Lembaga Zakat Selangor bakal beroperasi 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember di semua 27 cawagan. Waktu operasi cawangan pula bermula jam 8.30am-4.30pm pada hari bekerja.

Pada sabtu, Ahad dan cuti Umum, Semua cawangan Lembaga Zakat Selangor beroperasi pada jam 9.00am-3.00pm.

Pada waktu kemuncak ambang 2018 iaitu 28-31 Desember 2018, Lembaga Zakat Selangor turut melanjutkan waktu operasi sehingga 8pm buat anda yang terlalu sibuk di siang hari.

Tak sempat juga? Nak lebih mudah dan cepat, apa kata kita bayar secara online sahaja. Pembayaran lebih mudah dan cepat secara online boleh dilakukan di link berikut www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ .

Menariknya, Bagi pengeluar zakat melalui 27 cawangan Zakat Selangor bulan Disember ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa e-cabutan yang berupa sebuah Tablet, sebuah telefon pintar dan Touch’n’ Go sebagai hadiah saguhati.