Courtyard dalam bahasa mudah difahami merupakan taman didalam rumah yang dikelilingi pagar atau bangunan. Sama ada dibina di dalam atau di luar kediaman, ternyata ruang ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Courtyard juga berperanan sebagai ruang terbuka yang boleh menyeimbangkan dan menyejukkan suhu dalam kediaman. Selain itu, ia juga memberikan aliran udara yang lebih sihat, privasi, dan ketenangan kepada penghuni. Jika anda sedang berkira-kira untuk mewujudkan sebuah kediaman yang harmoni dan dekat dengan alam semulajadi, inilah salah satu pilihan bijak yang boleh anda pertimbangkan.

Berikut merupakan kelebihan untuk kediaman yang memiliki courtyard :

Pencahayaan
Selain berperanan sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, limpahan cahaya matahari melalui ruang terbuka di courtyard juga dapat mempengaruhi faktor kesihatan penghuni.

IKLAN

Pengudaraan
Sumber ventilasi semulajadi yang membekalkan udara segar dari luar juga dapat meningkatkan kualiti oksigen. Pengudaraan di kawasan courtyard dapat menurunkan suhu kediaman menjadikannya lebih sejuk dan segar walaupun ketika musim panas.

Pembahagi Ruang
Ia juga bertindak sebagai pemisah ruang di dalam rumah. Contohnya, courtyard yang terletak antara ruang tamu dan bilik tidur dapat meningkatkan privasi di antara kedua kawasan ini dan sebagai pembahagi ruang makan dan dapur.

Persekitaran Nyaman
Dengan perancangan yang rapi dan tepat, sebuah courtyard dapat dijadikan satu ruangan santai yang selesa menepati segala aspek kehidupan yang memerlukan kesegaran alam semulajadi didalam rumah.

Gambar: Hasil Carian Google