Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.

Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan khuatir, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.

Menurut perkngsian pengguna FB Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :

Alatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau

Langkah-langkahnya : 

1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)

2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak. Melecur tangan nanti)

3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)

4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur)

5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)