Konsep Farmhouse atau rumah ladang adalah kediaman utama di kawasan pendalaman ataupun ladang. Sehingga kini, konsep ini masih menambat hati sesetengah pemiat dekorasi kerana rekaan nya yang unik disamping ia membuatkan sesebuah kediaman itu tampil lebih selesa, damai dan santai.


PROFIL DAPUR

Nama pemilik: En. Zali
Jenis kediaman: Teres
konsep dapur: Modern farmhouse
Pereka dan kontraktor kabinet dapur: Woooot Carpenter


Namun, ramai beranggapan konsep farmhouse ni kebiasaanya diminati oleh 40-an ke atas dan sudah ketinggalan zaman. Tetapi tidak bagi Encik Zali. Bagi mengelak konsep farmhouse yang dibawa tidak kelihatan ketinggalan zaman, pemilik telah menyuntik elemen moden terutamanya pada kemasan.

Sebelum pereka dan kontraktormenzahirkan dapur impian, pemilik telah melakukan beberapa kajian terutamanya melalui perkongsian idea di Pintrest. Berdasarkan beberapa keping paparan gambar yang diambil dari pintrest, pemilik berkongsi idea yang dihajati bersama pereka yang telah dilantik Iaitu Woot Carpenter.

Transaksi antara dapur dan ruang tamu adalah counter island yang menjadi ruang serba guna untuk pemilik. Ia menyediakan tempat simpanan tambahan di bahagian bawah serta berfungsi sebagai ruang kerja tambahan dan juga meja makan yang berupaya memuatkan enam hingga tujuh orang dalam satu masa.

Keseluruhan struktur kabinet dapur diperbuat daripada kayu keras jenis nyatoh yang dipadankan dengan Quartz Stone Worktop berwarna putih. Memilih rekaan jenis shaker door yang ringkas bertujuan menyerlahkan perincian lain yang digunakan. Melengkapi permukaan kayu nyatoh, pereka mengenakan spray paint rona hijau pakai atau fern green.

Disebabkan saiz dapur agak terhad, pemilik memilih rak kabinet terbuka pada bahagian dinding atas untuk kelihatan libih luas. Seperti dapur berkonsepkan farmhouse yang lain, tidak lengkap rasanya tanpa ventilation hood jenis Wall-mounted chimney yang disadur dengan kemasan spray paint rona hijau pakis

Elemen moden diselitkan pada kemasan backsplash dan lantai tempaan khas. Untuk backsplash, pemilik memilih jubin berbentuk honey comb rona putih yang disusun secara bersahaja antara transisi permukaan konkrit berona peach. Secara tidak langsung, ia menyerlahkan lagi rekaan backsplash dapur ini.

Sedikit palitan kemewahan dan nilai vintaj turut diterapkan sebagai kemasan terakhir dapur ini. Bukan emas, tetapi rona tembaga pada pemegang kabinet dapur, lampu dinding, lampu pandent dan retractable flexi-hose mixer pada sinki.

Walaupun konsep farmhouse dikatakan ketinggalan zaman, dengan gabungan beberapa elemen dan pemilihan rona malar seagr menjadikan keseluruhan dekorasi dapur ini kelihatan unik dan tersendiri. Oleh itu, tidak kira apa jua penerapan konsep dalam sesebuah dekorasi anda perlu bijak suai padan untuk menghasilkan identiti tersendiri.