Biasanya, selepas telur digunakan kita hanya akan membuang saja kulitnya. Tidak pernah terlintas pula nak gunakan lagi kulit telur yang dianggap sebagai bahan buangan.

Tetapi tahukah anda, fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman.

Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!

  1. Suplemen semula jadi

Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.

Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.

IKLAN
  1. Bekas pembenihan

Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.

Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.

  1. Lilin

Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk.  Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.

Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.

4. Masker wajah

Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.

Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.