Sejak kebelakangan ini, dunia sedang dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih kurang 50 orang di Malaysia setakat ini (5 Mac 2020, 11.30am). Dengan cuaca negara ini yang tidak menentu, ia telah menyumbang kepada panik masyarakat. Walau sedikit perubahan suhu badan pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalankan ujian penyaringan. Apatah lagi yang baru pulang dari luar negara, lebih-lebih lagi dari negara yang terjejas teruk oleh virus tersebut.

Selain perlu menjaga kebersihan dan memakai perlindungan, kita juga boleh boleh amalkan tip dari Dr Suri Roowi ini yang memfokuskan penggunaan bahan alami untuk mengatasi gejala demam, batuk serta selesema.

12 TIPS ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELSEMA

Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.

Caranya adalah;

1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.

Selepas itu barulah ditambah air suam.

Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli.

2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.

IKLAN

Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.

Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.

3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk

Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;

“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80

Dapatkan MADU ASLI

7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus

10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.

11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam

12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda.

Dr Suri Roowi
Principal Scientist