Bagi mengisi kekosongan pada cucur atap di ruang anjung, Gantungkan beberapa tanaman berpasu untuk memberi sebuah panorama yang menyegarkan. Selain memilih pasu yang direka khas untuk digantung, apa kata anda DIY sendiri tali gantung yang dihiasa rona ceria benang bulu.

Artikel berkaitan: DIY Dekor Dinding Pelangi

Anda Perlukan:

25 meter Tali cotton
4 gulung benang bulu berbeza warna
Pita pelekat kertas
Pembaris
Gunting
Gam panas
Gunting
Pen

Cara-cara:

  1. Potong 5 tali kapas. Setiap satu berukuran 5 meter
  2. Lipat 2 dan tandakan 10cm dari bahagian lipatan untuk membentuk cangkuk
  3. Lekatkan bahagian cangkuk dengan pelekat kertas supaya mudah untuk dilekatkan benang bulu
  4. Lilit benang bulu pada bahagian yang telah di letakkan pelekat kertas tadi
  5. Cantumkan hulu dan hilir bahagian cangkuk dan kukuhkan dengan menggunkan benang bulu
  6. Ukur 10cm bahagian pangkal tali gantung pasu
  7. Lilitkan benang bulu pada bahgian pangkal sebagai penutup dan menjadi tapak untuk meletakkan pasu. Pastikan ia ketat