Bila cuaca panas, bukan manusia gelisah mencari keselesaan haiwan dan sebagainya semua pastinya mencari kawsan yang dingin dan selesa untuk didiami atau berlindung. Kisah ular keluar pada waktu panas ni sering kita dengar kan.

Apa langkah dan tip yang kita perlu buat. Memang menakutkan dan merbahaya bila haiwan sebegini masuk ke dalam rumah khususnya bagi anda yang ada anak kecil. Jadi, macam mana nak elak ular dari masuk ke dalam kediaman kita? Ini tip berguna yang anda boleh cuba sebagai langkah pencegahan.

  1. Bersihkan kawasan rumah

Pastikan perkarangan rumah anda kurang dengan barang-barang tak terpakai dan tak serabut. Kotak lam dan tak terpakai boleh la buang dan asingkan.  Disamping itu juga, lantai laman sama ada di bawah pokok perlu sentiasa bersih tanpa longokkan daun kering kerana ular suka tidur di dalam timbunan daun keran yang kering dan sejuk.

2. Jangan biarkan pokok merimbun 

Tanaman merumpun seperti pandan dan seangkatan denganya juga berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa anda sedari. Silap-silap, boleh jadi tempat bertelur dia pulak nanti. Kalau ada tanaman merimbun yang terdapat di laman anda, perkemaskannya secara kerap.

3. Tebas semak samun di halaman 

IKLAN

Tebas semak samun yang terdapat di dalam mahupun sekitar perkarangan kediaman anda. kalau lalang jiran tu dah panjang semeter, suruh di tebas. Kalau jiran malas, buat gotong royong sama-sama.

4. Pastikan kolam ikan atau kolam mandi di rumah sentiasa bersih 

Jika kawasan ini dibiar serabut dan semak, pastinya mengundang si dia datang untuk menikmati kesejukkan di kolam tersebut.

5. Tutup setiap lubang  

Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuan nye untuk menghalang ular dari masuk rumah lah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.

6. Pastikan rumah sentiasa harum dan segar

Ular mempunyai sifat tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria bau ular. Bila deria bau ular tercemar, ia akan mengalami kesukaran untuk mengesan keadaan persekitarannya .

7. Kucing Oh My Hero!

Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.

8. Tabur serbuk belerang

Ada orang kata petua ini hanya mitos. Namun kelihatan berkesan bedasarkan pengalaman admin. Tabur parameter kediaman dengan serbuk belerang atau nama lebih tepat sulfur. Boleh dapatkan serbuk ni di kedai hardware sahaja. Tapi masa nak taburkan serbuk belerang ni, pakai sarung tanggan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.