Cat epoxy untuk kemasan lantai kebiasaanya menjadi pilihan kegunaan industri. Namun kini ada sesetengah pemilik kediaman menggunakan jenis cat epoxy untuk mengganti hamparan tikar getah yang sering mengundang pelbagai masalah seperti menggelembung dan mudah terkoyak. Kaedah ini turut digunakan oleh Man Masyitah.

Beli cat epoxy ni online lagi murah dekat sini https://invol.co/cloqny

Dari tikar getah lama yang koyak rabak, tukar kepada cat epoxy untuk lebih jimat dan cantik.

saya pun baru pertama kali menggunakan cat epoxy ni dekat rumah yang saya sewa. Sebelum ini menggunakan tikar getah. Idea ni dapat dari group Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr. DIY

 

IKLAN

 

Cat ni nama epoxy ivory heavy duty. saya beli 5 liter RM 135. Cara-cara penggunaanya seperti berikut:

1. Sapu bersih permukaan yang hendak di cat dan pastikan permukaan lantai kering
2. Bancuh cat epoxy dengan epoxy hardener. Selepas bancuhan, pastikan ia habis digunakan kerana jenis cat ini akan cepat mengeras selepas diadun dengan hardener
3. Sapukan cat pada bahagian sisi terlebih dahulu menggunakan berus kecil. Kemudian, baru cat bahagian tengah menggunakan roller
4. Untuk kering, cat epoxy mengambil masa 2 jam. Sebaiknya untuk lebih cantik 1 hari