Pokok ros amat mudah di biakkan melalui keratan batanag. Melalui proses pembiakakn ini juga, ia dapat menjamin tanaman pokok ros yang di hasilkan adalah dari baka yang terbaik. Baru-baru ini, salah seorang ahli dari group Rose Club For Home Garden berkongsi salah satu cara mudah pembiakkan ros melalui keratan batang.

1. Pilih keratan dari batang yang sihat dan bunganya telah layu. Buangkan bunganya dan tinggalkan 2-3 helai daun pada batang. Pastikan keratan batang yang telah dipilih dipotong secara serong.
Tip: Kebiasaanya, ada orang akan rendam keratan batang ke dalam air rendaman kulit bawang ataupun baja AB untuk memastikan pertumbuhan akar yang cepat

2. Sediakan satu biji botol plastik terpakai yang telah dipotong bahagian kepalanya sebagai perlindung atau rumah hijau untuk semaian. Kalau tak ada botol, pakai plastik lutsinar pun sudah memadai.

3. Untuk medium tanaman, boleh gunakan apa juga jenis. Namun, yang paling sesuai adalah dari jenis 6 dalam 1 yang banyak terdapat di pasaran

4. Basahkan medium tanaman yang telah diisi di dalam bekas semaian. Buatkan lubang sekurang-kurangnya 2 inci dalam dengan menggunkan jadi pada medium yan telah basah dan tanam keratan.

5. Tutup semaian keratan dengan botol yang telah di sediakan tadi dan tidak perlu disiram lagi.

6. Letakkan semaian di bawah teduhan dan elakkan ia dari terkena hujan dan tak perlu di alih-alihkan lagi. Dalam tempoh 2 minggu, keratan batang akan mula mengeluarkan pucuk baru. Ini bermakna semaian anda berjaya

7. Biarkan tanaman dalam rumah hijau mini tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan