Ruang tamu dan bilik tidur biasanya merupakan ruang untuk berehat dan bersantai. Begitu juga, dapur dan ruang makan yang berfungsi sebagai ruang penstoran barangan keperluan harian, sama ada perkakas dapur, tempat letak peti ais, ruangan memasak dan sebagainya. Oleh itu ringkasnya setiap ruang rumah mempunyai fungsi yang tersendiri. Sebagaimana kita menginginkan ruang rehat yang selesa begitu juga keinginan untuk ruang dapur kita nampak lebih kemas dan praktikal. Ruang dapur sering di kaitkan dengan ruang nadi sesebuah keluarga, mana tidaknya ruang ini lah yang menghidangkan makanan yang menyelerakan.


Justeru itu, bagi mewujudkan ruangan dapur yang lebih kemas dan praktikal, pemilihan kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk ia tahan lebih lama dan mudah digunakan. Bagaimana untuk pilih kabinet dapur yang tahan lama? Pastikan anda baca perkongsian mengenai 5 tip pilih kabinet dapur yang boleh tahan berkurun lamanya.. Antaranya ialah kenali material kabinet di pasaran, ketahui kebaikan dan keburukan sesuatu material, pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar, dapatkan info yang sahih daripada pakar dan yang terakhir ialah pemilihan warna kabinet yang bersesuaian dengan konsep rumah.

1.Kenali material kabinet dapur yang ada di pasaran

Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Kami yakin, ramai suri rumah atau bakal penghuni rumah baru sudah pun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka. Betul? Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan untuk dapur mereka?

Antara material yang biasa menjadi pilihan ramai ialah melamine ABS, laminate, 3G, 4G, solid Nyatuh dan juga aluminium. Semua material ini ada kelebihan masing-masing. Pilih lah mengikut kesesuaian tempat, keadaan, minat dan juga bajet.

2. Ketahui kebaikan dan keburukan setiap material

Antara beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan ialah :

· Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang

· Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan

· Ketahanan material terhadap kelembapan atau kalis air

· Ketahanan dari serangga perosak

3. Pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar

Tips ini merupakan salah satu tips yang penting sebelum memilih kontraktor yang akan renovasi rumah anda. Jika anda tersalah pilih, berkemungkinan anda akan mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, sebelum buat keputusan, anda perlu selidik latar belakang kontraktor dan syarikat mereka di laman web CIDB dengan 3 langkah berikut:

Step 1 : Klik link berikut https://bit.ly/2YQsti9

Step 2 : Isikan maklumat berkaitan kontraktor anda seperti nama, lokasi, kategori dan sebagainya

Step 3 : Klik butang ‘carian’

4. Dapatkan kesahihan info di google daripada pakar

Bagaimana ingin tahu info di Google sahih atau tidak? Mudah sahaja, boleh mulakan carian di google sebelum berjumpa dengan pakar. Kemudian kumpulkan maklumat tersebut, dan tanya pada pakar hiasan dalaman satu per satu. Dan jangan lupa minta contoh setiap satu dan catatkan info tersebut bagi tujuan akan datang.


5.Pilih warna kabinet yang sesuai dengan konsep rumah

Selain daripada kenali material, pilih kontraktor dan lain-lain, pemilihan warna kabinet juga amat penting supaya match dengan konsep rumah. Dan sekiranya ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Maka terpaksa lah melabur lebih untuk melakukan pewarnaan semula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri. Oleh itu, pastikan anda memilih warna dan material yang akan kekal cantik dan evergreen walaupun sudah makan tahun.

Selain daripada material pintu dan carcase kabinet dapur, antara komponen yang paling penting bagi sesebuah kabinet dapur adalah pemilihan kaunter top atau lebih dikenali sebagai table top yang juga mempunyai beberapa jenis material yang di tawarkan di pasaran. Antaranya solid surface, quartz stone, granite dan marble. Kesemua bahan ni mempunyai ketahanan berbeza yang sesuai yang dengan harganya di pasaran.

Sumber: Wallmaster.com.my