Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa,sepanjang hari.  Pembersihannya merupakan salah satu kerja rumah yang harus dilakukan hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada kawasan “high traffic” atau kawasan yang mempunyai kadar aktiviti paling banyak seperti kawasan ruang tamu dan dapur.

Adalah agak mustahil nak kekalkan kebersihan lantai kerana jika tidak disapu dan mop, pasti ada sahaja objek asing. Jadi untuk membantu meringankan beban mak-mak dirumah yang penat menyapu dan mengemop, IMPIANA ingin kongsikan satu petua untuk lantai kekal berkilat dan wangi lebih lama dari kebiasaannya. Hanya campurkan dua bahan ini! :

PELEMBUT PAKAIAN & CUKA MASAKAN

Langkah-langkahnya:

  1. Sediakan setengah baldi air (gunakan air panas jika lantai berminyak)
  2. Tuangkan setengah penutup pelembut pakaian
  3. Kemudian letakkan 4-5 titis cuka
  4. Kacau campuran tadi hingga sebati
  5. Boleh mula mengemop

p/s : Anda juga boleh cuba sukatan campuran tadi dengan pakaian agar bau wangi kekal lebih lama. Selamat mencuba!

 

 

Lihat juga : Papan pemotong bersih, kipas bersih, dinding bersih