Orang perempuan biasa lah, tak banyak aksesorisnya tak sah. Tudung, brooch, kasut dan beg bagaikan satu koleksi dan hobi. Tapi, pening juga nak simpan dan pilih timbunan tudung yang banyak ni ni Kalau ditimbun memang lah susan nak di cari. Cuba ikut idea kreatif Erna Chan. Beli barang dari kedai bajet, dah boleh hasilkan satu penggantung khas untuk susun koleksi tudung miliknya.

Bukan sahaja lebih kemas dan mudah untuk di cari, malah boleh jimat ruang tau.

Bahan-bahan:
Penayngkut baju besi
Penyepit baju
Kable tight

IKLAN

Cara-cara:
Ikat penyepit baju pada penyangkut dengan menggunakan cable tight dan potong lebihan ikatan. Tak sampai 5 minit dah siap. Mudah dan jimat kan?