Untuk mudah dan mempercepatkan kerja-kerja memasak, sudah pasti stok bawang dan cili siap kisar tersedia dalam peti sejuk. Namun, pasti ramai alami masalah, bawang putih dan bawang merah yang dikisar akan berubah warna menjadi kehijauan. Bila dua bahan penting ni berubah warna, adakah ia masih selamat untuk digunakan?

Menurut perkongsian di dalam page Ini Saiz Beb, ia disebabkan oleh tindak balas Kompaun thiosulfinate dengan asid amino yang membentuk pyrroles. Kandungan pyrroles kemudiannya akan memberikan kita kompaun berwarna apabila ia berinteraksi dengan pelbagai kompaun-kompaun (thio)carbonyl dalam bawang yang lumat.

Masih boleh makan tak bawang kisar yang dah berubah warna?

Bawang kisar yang berubah warna tu masih boleh digunakan selagi tidak berkulat adn berubah rasa

Bagaimana cara untuk atasi?

Mungkin boleh memanaskan atau memasak bawang kisar tersebut. Ini bagi menyahaktif enzim alliinase tersebut. Boleh juga mengelak dari menggunakan cuka dan agen masam. Kerana tindakbalas perubahan warna ini lebih aktif berlaku dalam keadaan berasid.