Masalah atau isu hartanah kini telah menjadi satu topik Nasional. Acap kali kita mendengar masa kini banyak rumah tidak dapat dijual kerana kini bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank atau loan perumahan. Ini mungkin salah satu penyebab, tetapi sebenarnya mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai aset sendiri, tetapi tidak boleh mengembangkan aset tersebut. Mungkin ramai diluar sana yang mempunyai masalah yang begini? Apa sebenrnya punca ini berlaku yang menyebabkan anda diluar sana menjadi terdesak dengan situasi begini.

Memiliki hartanah sendiri adalah satu perkara wajib yang perlu diambil kira dalam perancangan kehidupan. Tetapi ramai pula anak muda masa kini yang suka menyewa dari memiliki. Ini juga satu masalah yang dihadapi. Kali ini IMPIANA tidak mengupas isu rumah sewa atau sendiri, tetapi IMPIANA ingin berkongsi cerita atau topik lambakan hartanah atau rumah yang tidak terjual.

Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan terdapat 20 billion rumah tidak terjual pada masa kini, tetapi yang paling tidak disangka rumah yang berharga bawah RM 400,000 yang paling banyak tidak terjual. Di manakah silapnya, adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sebaliknya. Di sini IMPIANA menjemput Pejuang hartanah yang tidak asing lagi iaitu Ahyat Ishak dan Pemilik Hiasan Dalaman, Mamy Home untuk mengupas dan membantu pemilik kediaman yang berhasrat untuk menjual rumah mereka tetapi tidak ada jalan pada masa kini.

Kupasan yang cukup mantap dan jelas mengenai hartanah ini pastinya dapat membantu ramai pemilik diluar sana dalam menangani masalah hartanah ini.

Sembang Impiana

Hartanah selalu dipandang ringan oleh ramai orang. Akhirnya terpaksa mengeluh sebab dah terlambat nak 'sediakannya' untuk diri sendiri!#impianamy #sembanghartanah

Posted by Impiana on Thursday, September 26, 2019