Ramai beli rumah kononnya nak buat aset dan menambah pendapatan dengan menyewa. Tapi mesti ramai yang ada masalah dengan penyewa. Perkara yang paling teruk, sewa tertunggak berbulan, rumah rosak, api air tertonggak ratusan tapi penyewa lari. Semua tu pemilik yang perlu tanggung.

Pemilik pun, jangan janji ada penyewa sahaja. Nanti anda yang sakit hati, sakit kepala. Untuk elak anda jadi mangsa, tuan Emrull Iqbarullah penulis blog dan buku hartanah investandtravel.blogspot.com berkongsi 10 perkara wajib anda lakukan kalau nak elak penyewa dari neraka

1) Memilih penyewa ibarat majikan memilih pekerja. Hendak yang jujur, rajin, tiada rekod jenayah dan menepati masa.

2) Pastikan anda tahu pekerjaan bakal penyewa. Lebih bagus, tahu tempat kerja. Sangsi dengan bakal penyewa. Katanya kerja bank tapi suruh tunjuk kad pekerja tak nak tunjuk. Jangan cari pasal, elak penyewa macan ni.

3) Suruh bakal penyewa isikan borang maklumat peribadi untuk menapis penyewa. Nama, alamat rumah terdahulu, nama majikan, pendapatan bulanan dan sebagainya

4) Pekerjaan yang bank anggap berisiko seperti pengawal keselamatan dan pemandu lori, maka risiko yang sama juga kepada tuan rumah.

5) Pastikan perjanjian penyewaan komprehensif melindungi tuan rumah dan dimatikan setem.

6) Pastikan penyewa membayar deposit sepenuhnya sebelum masuk rumah. Berikan resit sebagai bukti.

7) Ambil gambar rumah sebelum penyewa masuk sebagai bukti.

8) Brief penyewa perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh buat. Maklumkan deposit akan ditolak sekiranya berlaku perkara sedemikian.

9) Bila berdoa untuk diri sendiri dan keluarga supaya dimurahkan rezeki, doa juga kepada penyewa supaya dilapangkan rezeki supaya boleh bayar sewa on-time.

10) Bila dah buat semua perkara di atas kadang-kadang boleh terkena juga. Dah check semua background, bisnes penyewa nampak OK je rupanya main bisnes jual tepung. Terpaksalah rumah kena sealed dan sedialah dipanggil polis