Sedar atau tidak, saiz atau keluasan memainkan peranan yang penting dalam pemilihan konsep dan susun atur sesebuah kediaman. Jika ruang yang sedia ada terhad, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Jadi pemilik perlu lebih kreatif dalam proses menghias agar kediaman masih selesa didiami.

Salah satu aksesori yang praktikal untuk kediaman ‘comel’ anda adalah pembahagi kawasan. Tanpa menggunakan banyak ruang, alat ini mampu menjadikan layout kediaman lebih teratur dan tersusun selain dapat memberikan privasi antara ruang.

Disini IMPIANA senaraikan 10 inspirasi pembahagi ruang yang praktikal dan jimat untuk kediaman anda semua. Selamat menghias!